Tuesday, March 18, 2008

Mari Menulis Wasiat

Salam Sejahtera.

Bayangkan anda berusaha bertahun-tahun dan mempunyai harta hasil titik peluh anda. Tak kiralah banyak mana harta anda rumah/bangunan, tanah, KWSP, unit amanah, ASB, ASN, barang kemas, binatang ternakan, insuran, harta perniagaan, akaun bank dan sebagainya. Anda harapkan semuanya dapat membuatkan anda senang dan dapat dimanfaatkan di kemudian hari untuk keperluan anda dan untuk diwarisi oleh mereka yang anda sayangi.

Hari ini kita cuma berharapkan umur kita akan panjang, sempat merasai hari tua dan dapat melihat anak-anak dan cucu-cucu kita membesar disekeliling kita. Hakikatnya kita semua tak pernah tahu bila ajal dan maut akan menjemput kita.

Bila ajal menjemput, kita akan pergi buat selama-lamanya tinggalkan semua yang kita miliki termasuklah semua harta kita yang kita usahakan selama ini.Siapa yang akan mewarisi harta kita? Siapa yang akan tolong kita uruskan harta kita?

Masa tu mungkin kita ada banyak hutang nak kena bayar, belum naik haji, belum sempat berzakat dan beramal jariah sebanyak-banyaknya. Masa tu semua dah terlambat. Waris yang kita tinggalkan mungkin tak tahu semua hutang-hutang kita, banyak mana dengan siapa kita berhutang, hajat kita yang nak naik haji atau kita yang belum sempat nak bayar zakat, banyak mana yang kena bayar, nazar atau beramal jariah. Silap haribulan, waris-waris kita, keluarga, adik-beradik, saudara-mara kita bertelagah sesama sendiri berebut hendak bahagian masing-masing daripada harta kita, tak ingat lagi hutang piutang kita yang perlu dilangsaikan!!


Sabda Rasulullah s.a.w.:

Sesungguhnya sebesar-besar dosa di sisi ALLAH ketika seseorang hamba itu berjumpa dengan ALLAH nanti selepas dosa besar lain yang ditegah ialah seseorang lelaki yang berjumpa dengan ALLAH di hari Hisab dengan mempunyai hutang yang belum dijelaskan lagi.

Anda masih belum terlambat jika masih sempat baca artikel ni. Sebenarnya anda boleh hilangkan kerungsingan anda jika anda ambil nasihat saya ini. Cepat-cepatlah buat Wasiat Terakhir anda!

Sabda Rasulullah s.a.w.:

Seorang Muslim yang mempunyai sesuatu yang boleh diwasiatkan tidak sepatutnya tidur selama dua malam berturut-turut melainkan dia menulis wasiatnya di sisinya.

- Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Abdullah bin Umar

Rasulullah s.a.w. turut besabda:

Orang yang malang ialah orang yang tidak sempat berwasiat.

- Hadis riwayat Ibnu Majah

Bukanlah buat wasiat tu dengan menulis surat dan letak di dalam laci atau almari, atau yang saya jumpa buat wasiat itu dengan buat posting di blog atau internet atau hanya sekadar cakapkan kepada orang lain seperti isteri, suami atau anak-anak. Anda sebenarnya jika buat wasiat dengan cara tersebut boleh dimanipulasikan atau diselewengkan di kemudian hari. Lagipun cara tersebut tidak sah di sisi undang-undang.

Ketahuilah, bila kita meninggal dunia, segala harta kita akan dibekukan dan untuk mencairkan semula akan mengambil masa yang amat lama, mungkin 2-5 tahun, ada kes yang tertangguh hingga 20 tahun, dari 1 generasi hingga ke 3 generasi bergantung kepada kes. Sebabnya kita tidak pernah berwasiat siapa yang akan jadi Wasi yang benar-benar telus dan amanah untuk mentadbir harta pusaka kita. Pada masa itu, dimanakah kita berada???

Sabda Rasulullah s.a.w.:

Sesungguhnya orang yang berhutang terpenjara di kuburnya sehingga hutang tersebut diselesaikan (oleh saudara-maranya).

- Riwayat At-Tabrani –

Lantiklah Amanah Raya Berhad sebagai Wasi anda didalam Wasiat Terakhir anda. Amanah Raya adalah badan kerajaan yang dilantik untuk mentadbir harta pusaka sejak 87 tahun yang lalu (sejak 1921). Sekarang ni masalah kos dan kesibukan masa bukanlah alasan anda untuk tidak menulis Wasiat Terakhir anda.

Kos untuk buat Wasiat Terakhir ni hanyalah RM350 sahaja untuk orang Islam dan RM500 sahaja untuk bukan Islam. Dengan harga ni anda akan dapat Wasiat Terakhir yang asas dan komprehensif. Sekali sahaja seumur hidup anda dengan harga ini.

Hubungi saya jika anda terbuka hati, InsyaAllah, untuk buat Wasiat Terakhir anda pada hari ini juga.

Saya sedia memberi khidmat nasihat secara percuma dan membantu anda menyediakan Wasiat Terakhir anda. Dan yang pastinya ianya tidak akan mengambil masa yang lama untuk anda mendapatkan Wasiat Terakhir anda yang benar-benar sah di sisi undang-undang.

Menurut Kitab Fiqh Mazhab Syafie:
Ø Sunat – hal-hal amal kebajikan
Ø Wajib – ada tanggungjawab syarie & bimbang harta habis
Ø Harus – sahabat handai & orang kaya tanpa sebab tertentu
Ø Makruh – pemberian kepada orang fasik dan jahat
Ø Haram – wasiat benda haram (spt arak) & cemar akhlak

InsyaAllah, dengan adanya Wasiat Terakhir tersebut, harta kita dapat dicairkan dengan cepat 6-8 bulan selepas ketiadaan kita berbanding jika tiada wasiat sehingga boleh sampai ke 3 generasi.
[Hubungi saya dengan SMS atau EMAILkan Nama, Alamat, Email dan No. H/P. Saya akan forwardkan keterangan lanjut tentang penyediaan Wasiat Terakhir ARB ini.]

-Rohana.

4 comments:

Rahaman Rasid said...

Satu artikel yang menarik mengenai keperluar berwasiat. Tahniah

Unknown said...

macam mana ,jika sebahagian dari harta2 kita tu telah di letakkan penamaan seperti penamaan dlm unit trust,perlu x lg untuk meletakannya bersama dengan wasiat2 yang lain seperti rumah,tanah apabila membuat wasiat?ker x perlu lagi,sbb sudah membuat penamaan?minta di perjelaskan..

Unknown said...

Sy ada menulis wasiat sendiri dalam bentuk jadual...siap ditandatangani oleh saya dan pentadbir harta saya berserta saksi dan dihantar ke pesuruhjaya sumpah utk disahkan. sahkah wasiat yg sy buat..

Unknown said...

park