Monday, June 23, 2008

TAKLIMAT MINGGUAN WASIAT

Salam,

Pihak WarisanMUKMIN Sdn Bhd menganjurkan taklimat wasiat secara mingguan secara PERCUMA di ibupejabat Shah Alam secara mingguan. Banyak yang akan anda ketahui melalui taklimat tersebut.

Sila layari untuk pendaftaran: http://www.warisanmukmin.com/index.asp?PE080

Rohana.

Saturday, April 5, 2008

Wariskan Harta Anda Hari ini Juga!

Salam.

Cuba fikirkan "Sudahkah anda mewariskan harta anda" sekiranya berlaku sesuatu kepada anda?

-Rumah, Tanah, Kereta...
-Akaun Bank (akaun simpanan dan semasa)...
-Takaful, insuran, KWSP, Tabung Haji, Akaun Saham Amanah [ASB, unit trust bank-bank dsb]
-Perniagaan anda [Saham Syarikat persendirian dan tersenarai]
-Barang Kemas, emas, intan berlian..

Jika belum, anda tersilap jika merasakan harta tersebut akan automotik diwarisi oleh orang2 yang kita kasihi dan kehendaki.

Sebagai contoh, ramai menyangka jika rumah dua nama, secara automotik rumah tersebut akan diwarisi oleh salah satu daripada penama jika salah seorang meninggal dunia. Hakikatnya, sesiapa pun berhak keatas rumah tersebut selepas berlaku kematian.

Begitu juga dengan KWSP. Ramai yang menyangka, bila sudah membuat penamaan, yang dinamakan tersebut akan mendapat hak mutlak untuk mewarisi KWSP tersebut. Hakikatnya jika yang dinamakan adalah anak-anak yang dibawah usia 18 tahun, KWSP akan terbeku sehingga anak2 tersebut mencapai 18 tahun dan kemudian terpaksa mengagihkan bahagiannya pula kepada orang lain seperti di dalam hukum faraid.

Begitulah juga dengan harta-harta yang lain. Semuanya akan terbeku bila berlaku kematian. Sesiapapun berhak keatas harta tersebut.

Anda sudah tentu tidak mahu harta anda terlepas dengan cara yang tidak anda kehendaki.

Bagaimana Caranya??? Kini anda boleh mewariskan semua harta anda dengan pelan pewarisan yang anda mahukan didalam satu Dokumen Wasiat iaitu Wasiat Terakhir AmanahRaya. Jangan Tunggu lagi, lakukan hari ini juga kerana khautir akan terlambat untuk melakukan itu semua.

Hubungi saya untuk mendapatkan set lengkap Dokumen Wasiat tersebut serta khidmat nasihat dan keterangan lanjut.

TAKLIMAT PERCUMA seminggu sekali diadakan kepada sesiapa yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang industri, dokumen wasiat Amanahraya, peluang perniagaan dsb di ibupejabat kami di Shah Alam [biasanya diadakan pada hari Sabtu pagi]. SMS nama ke 016-2952463 untuk mendapatkan kod jemputan ke taklimat tersebut serta untuk pengesahan hari dan waktu taklimat.

Rohana. [KOD PE 080]
Tel: 016 2952463 @ Email: rohana.wmsb@gmail.com.

Wednesday, March 26, 2008

KEMUDAHAN BAYARAN ANSURAN

Salam.

Berita baik. Pihak Pengurusan Warisan Mukmin Sdn Bhd mempunyai kemudahan bayaran ansuran mudah untuk orang ramai untuk mendapatkan dokumen wasiat Amanah Raya. Caj pentadbiran RM50 akan dikenakan untuk ansuran bulanan 3 bulan dan keatas [Maksimum 7 bulan].

Harga Dokumen Wasiat:

RM 350: Orang Islam
RM 500: Orang Bukan Islam

Bayaran diatas adalah sekali sahaja seumur hidup.
Kos penyimpanan adalah PERCUMA.

Jika ada pindaan, caj pindaan yang akan dikenakan oleh Amanh Raya:
RM 50: Pindaan kali pertama
RM25: Pindaan kali kedua dan seterusnya
[Nota: Walaubagaimanapun, buat masa ini pihak Amanah Raya belum pernah mengenakan sebarang caj.]

Pihak pengurusan berharap lebih ramai masyarakat mampu untuk memiliki dokumen wasiat.

Sila berhubung dengan saya untuk maklumat lanjut.

Rohana.

KHUTBAH JUMAAT-TUNTUTAN BERWASIAT

Salam

Satu petikan daripada khutbah Jumaat yang menuntut umat Islam supaya berwasiat.

"TUNTUTAN BERWASIAT"
(Aug 20, 2007 at 08:41 AM) -
Khutbah Jumaat - 24 OGOS 2007

Sidang jumaat yang dirahmati Allah sekalian,
Marilah kita sama-sama bertakwa kepada allah s.w.t, dengan melaksanakan segala perintah dan suruhannya serta meninggalkan segala maksiat dan larangannya.Mudah-mudahan kita tergolong dari kalangan orang-orang yang beroleh limpahan dan rahmat allah s.w.t dan berjaya dalam kehidupan didunia dan juga diakhirat.

Sidang jumaat yang dikasihi sekalian, Islam amat mengambil berat tentang oersoalan harta dalam kehidupan manusia. Harta dianggap sebagai suatu amanah yang mesti diuruskan dengan baik dan sempurna berdasarkan peraturan dan hukum allah s.w.t.

Perlu diingat, bahawa ada seorang pun dari kalangan kita apabila meninggalkan alam dunia yang fana ini menuju kealam barzak,akan membawa bersama seluruh harta yang mereka himpun semasa hidup didunia.Segala harta yang menjadi milik dan kebanggaan dirinya, akhirnya ditinggalkan untuk dibahagi-bahagikan kepada ahli warisnya.

Sidang jumaat yang berbahagia,
Pengurusan harta sebagai bekalan kehidupan diakhirat mesti diurus dan dirancang semasa hidupnya lagi. Sebagaimana yang pernah berlaku pada zaman rasulullah s.a.w, Baginda telah mengarahkan sahabat yang ingin pergi. Berperang agar mewasiatkan hartanya kepada orang lain. Ia bertujuan agar segala harta dan tanggungjawab yang akan ditinggalkan , sekiranya dia syahid di medan peperangan, dapat diurus dengan baik dan sempurna.
Sesungguhnya islam telah menyusun,mengatur sistem dan kaedah terbaik bagi umatnya mengurus harta pusaka. antaranya adalah melalui kaedah wakaf, sedekah,hibah,faraid dan wasiat.

Sidang jumaat yang berbahagia,
Wasiat menurut bahasa bermaksud sambung atau pesanan.Dari segi syarak pula bermaksud ikrar seseorang yang dibuat semasa hidupnya keatas hartanya atau manafaat untuk menyempurnakan sesuatu bagi maksud kebajikan atau apa-apa yang dibenarkan oleh syarak dan terlaksana selepas kematiannya, dengan niat mendapatkan keredhaan allah
s.w.t.

Membuat berwasiat pada asalnya adalah wajib berdasarkan kepada firman allah s.w.t:
"Kamu diwajibkan apabila seseorang dari kamu hampir mati, jika ia ada meninggalkan harta, hendaklah ia membuat wasiat untuk ibu bapa dan kaum kerabat dengan cara yang baik menurut peraturan agama, sebagai suatu kewajipan atas orang-orang yang bertakwa".
(Al-Baqarah ayat 180)

menurut kebanyakkan ulamak, hukum wajib berwasiat dalam ayat tersebut telah dimansuhkan apabila turunnya ayat yang menjelaskan tentang pembahagian harta pusaka kepada warisnya.

Melalui hadis rasulullah s.a.w baginda berdasarkan:
"Allah telah memberikan bahagian setiap orang yang berhak,maka tiada wasiat untuk warisnya".
(Riwayat At-Tarmizi)

Namun baginda menggalakkan umatnya supaya membuat wasiat melalui sabdanya:
"Tidak patut bagi seseorang muslim yang ingin berwasiat tidur selama dua malam, selagi ia tidak menulis wasiatnya disisinya".
(Muttafaqun Alaihi)

Sidang jumaat yang berbahagia,
Wasiat hanya boleh dilaksanakan kepada selain daripada mereka yang layak mendapatkan bahagian harta mengikut hukum faraid.Wasiat dan hutang si mati hendaklah dijelaskan dahulu sebelum harta si mati dibahagikan mengikut faraid.

Itu pun jika warisnya mengetahui perkara tersebut daripada si mati sebelum ia meninggal dunia.
Ini dijelaskan didalam firman allah s.w.t:
"Dan bagi kamu seperdua dari harta yang ditinggalkan oleh isteri-isteri kamu jika mereka tidak mempunyai anak,tetapi jika mereka ada mempunyai anak maka kamu beroleh seperempat dari harta yang mereka tinggalkan,sesudah ditunaikan wasiat yang mereka wasiatkan sesudah dibayarkan hutangnya".
(An-Nisa' ayat 12)

Menurut ulamak feqah,wasiat hanya boleh dilaksanakan tidak lebih 1/3 daripada harta si mati.Manakala hutang pula hendaklah dilunaskan sepenuhnya oleh warisnya jika harta peninggalan si mati tidak mencukupi.

Sidang jumaat yang berbahagia,
Sesungguhnya amalan berwasiat terhadap harta mempunyai banyak faedah dan kebaikan jika dilakukan oleh umat islam semasa hidupnya.

Antara faedah tersebut ialah:-
Pertama - Dapat menjamin pembayaran hutang, pelaksanaan tanggungjawab dan amanah.
Perlu diingat, bahawa sebahagian manusia apabila tiba ajal kematiannya, ia membawa bersama hutang-hutangnya bertemu allah s.w.t. Hutang-hutang tersebut antaranya ialah kewajipan zakat,kewajipan fidiah kerana meninggalkan berpuasa,kewajipan haji,kaffarah puasa dan hutang sesama manusia.

Persoalannya sidang jumaat yang dirahmati allah sekalian,siapakah yang akan memastikan hutang-hutang tersebut dilunaskan apabila kita mati kelak sekiranya kita tidak pernah memberitahu atau berwasiat kepada orang lain untuk melaksanakannya?.

Ingatlah, rasulullah s.a.w pernah bersabda:
" Roh seseorang mukmin itu tergantung-gantung (yakni dihalang daripada tempat yang mulia) dengan sebab hutangnya,sehinggalah hutang itu dilunaskan (dibayar) ">

Kedua- Mengelakkan berlakunya perbuatan harta dan pergaduhan dikalangan ahli warisnya.
Orang yang berharta,kadangkala meninggalkan harta dalam bentuk aset yang pelbagai seperti
tanah,bangunan,kenderaan,barang-barang,wang tunai,wang simpanan,saham,pelaburan dan sebagainya. Melalui kaedah wasiat aset yang banyak ini boleh diwasiatkan untuk kebajikan dan yang selebihnya pula akan diurus mengikut hukum faraid.Ini dapat menjamin harta yang ditinggalkan akan berkekalan pahalanya mengalir kepadanya apabila ia mati kelak.

Hal ini dikuatkan lagi oleh rasulullah s.a.w dengan sabda:
"Apabila mati seseorang anak adam, maka terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara: Iaitu sedekah yang berterusan pahalanya, ilmu yang dimanfaatkan dan anak soleh yang mendoakan untuknya".
(Riwayat Al-Bahari Wamuslim)

Sidang jumaat yang dirahmati Allah sekalian,
Marilah kita menginsafi bersama,betapa pentingnya untuk kita menguruskan harta kita semasa hidup didunia ini.Janganlah kita menyangka,apabila kita mati kelak,pandai-pandailah ahli waris kita menguruskan pembahagian harta yang ditinggalkan.Jangan kita sangka, apabila kita mati kelak, semua tanggungjawab kita kepada harta yang ditinggalkan akan terlepas dari kewajpan kita, sedangkan hakikat sebenarnya, terlalu banyak kaitan dan kewajipan yang masih tertanggung diatas bahu kita, sedangkan hakikatnya kita telah berada disuatu alam lain yang sangat berharap kepada bantuan khususnya melalui pahala wasiat dan sedekah harta yang pernah kita miliki.

Sidang jumaat yang dikasihi sekalian,
Demi menyahut seruan berwasiat ini, majlis agama islam selangor telah melancarkan perkhidmatan "Pengurusan wasiat orang islam" bagi membantu dan memudahkan umat islam dinegeri selangor untuk berwasiat terhadap hartanya. Oleh itu, marilah sama-sama kita manfaatkan perkhidmatan ini,supaya kita bertemu dengan allah s.w.t dalam keadaan
selesai segala hutang-piutang kita dengannya dan dengan manusia. Kita bertemu allah dalam keadaan ahli keluarga kita tenang dan sejahtera menerima harta pusaka yang kita tinggalkan tanpa berlaku penipuan,penindasan dan perbuatan.

"Sesungguhnya harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian dan disisi allah jualah pahala yang
besar".
(At_Taghaabun ayat 15)

Ya-Allah,engkaulah tuhan yang maha berkuasa,kami bersyukur kehadratmu yang telah mengurniakan kami rahmat dan nikmat, sehingga kami dapat meneruskan usaha ke-arah memperkukuhkan negara umat islam khususnya negeri selangor,sebagai negeri yang maju dan sejahtera.Justeru kami pohon kehadratmu ya-allah, tetapkanlah iman kami, tingkatkanlah amal kami, kukuhkanlah perpaduan kami,murahkanlah rezeki kami,kayakanlah kami dengan ilmu yang bermanafaat,suburkanlah jiwa kami dengan budi pekerti yang mulia, kembalikanlah generasi muda kami ke-jalan yang engkau redhai,lindungilah kami daripada ujianmu yang berat seperti banjir besra,kemarau panjang,wabak penyakit,persengketaan,kemiskinan dan lain-lain supaya dengan demikian ,negeri kami akan sentiasa betambah makmur dan berkat.


http://www.jais.gov.my - Jabatan Agama Islam Selangor

Rohana.

TADBIR HARTA PUSAKA: TAK ADA WASIAT VS ADA WASIAT

Salam.

Menyedari ramai di antara kita tidak berapa pasti bagaimanakah harta pusaka akan ditadbir selepas berlaku kematian, artikel dibawah membuat perbandingan jika simati tidak ada wasiat dan ada wasiat.


BAGAIMANA PENTADBIRAN HARTA PUSAKA DI MALAYSIA DIURUSKAN

Pentadbiran Tanpa Wasiat.
Apabila berlaku kematian, pelbagai aktiviti terhenti secara tiba-tiba, antaranya pembekuan akaun-akaun di bank, unit amanah saham, saham-saham syarikat, perlindungan insuran, takaful, Tabung Haji, urusan hartanah tergendala, penjualan kereta tidak boleh dilakukan, termasuk timbulnya persoalan bila pengeluaran KWSP boleh dilakukan. Hanya apabila Surat Kuasa (Letter of Administration) diperolehi daripada badan-badan tertentu, barulah proses pembahagian asset dapat dilakukan. Namun, tidak ramai yang tahu untuk mendapat
Surat Kuasa tadi, ia adalah satu proses yang rumit dan memakan masa yang agak lama (antara 6 bulan - 2 tahun). Ini tidak termasuk masa untuk pembahagian yang bergantung kepada bentuk harta (antara 1-15 tahun lagi). Di Malaysia, tempat permohonan untuk mendapat Surat Kuasa bergantung kepada bentuk dan jumlah aset simati iaitu:

· Amanah Raya Berhad:
Untuk jumlah aset yang kurang dari RM600,000 DAN bentuk aset simati sama sekali tiada mengandungi hartanah (Akta Perbadanan Amanah Raya Berhad 1995); atau

· Pejabat Tanah Bahagian Pusaka Kecil:
Untuk jumlah aset yang kurang dari RM600,000 dan aset simati mengandungi hartanah (Akta Pembahagian Harta Pusaka Kecil 1955); atau

· Mahkamah Tinggi:
Untuk semua bentuk aset di mana nilainya melebihi RM600,000 (Kaedah-kaedah Mahkamah Tinggi 1980).

· Mahkamah Syariah:
Untuk orang Islam sahaja iaitu di mana Sijil Faraid dikeluarkan dahulu dan dikepilkan bersama semua permohonan di atas.

Di dalam proses meluluskan permohonan untuk mendapatkan Surat Kuasa kepada pentadbir aset simati, Mahkamah Tinggi akan meminta dikemukakan dua orang penjamin yang setiap seorang mempunyai nilai aset bersamaan dengan nilai aset simati. Setelah memperolehi Surat Kuasa, tugas pentadbir yang seterusnya ialah untuk mentadbir (jual aset sekiranya perlu) dan membahagikan aset-aset simati. Di sini jumlah masa menguruskannya
amatlah bergantung kepada bentuk harta dan bagaimana tuntutan dibuat oleh waris-waris. Untuk orang yang bukan Islam, pembahagian adalah mengikut Akta Pembahagian 1959 di mana telah ditentukan oleh undang-undang sivil. Untuk orang Islam, pembahagian adalah mengikut
hukum syarak iaitu Faraid, tetapi sekiranya semua waris yang layak bersepakat atau bermuafakat maka pembahagian boleh mengikut persetujuan bersama.

Pentadbiran Berwasiat.
Sekiranya Wasiat telah dibuat oleh simati maka proses pentadbiran adalah lebih pantas di mana Surat Probet akan terus diberikan oleh Mahkamah Tinggi, tanpa perlu pergi ke badan-badan yang telah disebutkan di atas lagi. Ini adalah mengikut Akta Probet dan Surat Pentadbiran Pusaka 1959 yang terpakai untuk semua orang, tidak kira Islam atau tidak. Permohonan surat probet boleh dipohon oleh pentadbir yang dinamakan di dalam wasiat simati (pewasiat), contohnya Amanah Raya Berhad. Di dalam permohonan ini, Mahkamah tidak memerlukan sebarang penjamin lagi. Bagaimanapun sesiapa yang dinamakan di dalam wasiat layak untuk menerima aset pewasiat hanyalah terpakai kepada orang bukan Islam. Manakala wasiat orang Islam adalah mengikut hukum syarak. Penggubalan Enakmen Pentadbiran Agama Islam negeri-negeri di Malaysia dan Jadual Negeri Perlembagaan Persekutuan memberikan bidang kuasa kepada Mahkamah Syariah untuk menentukannya.

Setakat ini, hanya Negeri Selangor dan Negeri Sembilan sahaja yang mempunyai enakmen mengenai wasiat untuk umat Islam iaitu Enakmen Wasiat Orang Islam (Selangor) 1999 dan Enakmen Wasiat Orang Islam (Negeri Sembilan) 2004. Walaupun begitu format wasiat Islam ini secara umumnya diterima pakai di negeri-negeri lain di Malaysia. Di dalam Wasiat Islam pembahagian sehingga 1/3 daripada aset simati kepada bukan waris atau waris yang terdinding, dan bakinya 2/3 dibahagikan kepada waris mengikut hukum faraid atau melalui permuafakatan semua waris mengikut seperti pesanan pewasiat.Dengan wasiat yang disediakan, pentadbir yang dinamakan hanya perlu memperolehi Sijil Faraid dari Mahkamah Syariah dan menyertakannya bersama dokumen lain seperti surat mati dan wasiat kepada mahkamah untuk diberikan Surat Probet dan membolehkan pembahagian diteruskan. Tempoh kelulusannya adalah lebih cepat antara 6 bulan ke setahun berbanding tanpa sebarang wasiat. Kesimpulannya

Tidak ramai orang tahu tentang kerumitan pentadbiran harta pusaka di Malaysia ini, hanya waris yang merasa keperitan dan kerenah birokrasi apabila kematian telah berlaku. Sekiranya tiada wasiat, proses permohonan dan pembahagian membawa kepada pelbagai akibat dan boleh menggendalakan pelbagai urusan waris yang hidup. Sekurang-kurangnya dengan berwasiat, pewasiat telah merancang apakah hartanya dan kepada siapakah harta tersebut perlu diberikan. Wasiat boleh sentiasa diubah semasa hayat kerana wasiat yang terakhir sahaja yang efektif apabila berlaku kematian.

[Warisan Mukmin Sdn Bhd]

Rohana.

Tuesday, March 18, 2008

Mari Menulis Wasiat

Salam Sejahtera.

Bayangkan anda berusaha bertahun-tahun dan mempunyai harta hasil titik peluh anda. Tak kiralah banyak mana harta anda rumah/bangunan, tanah, KWSP, unit amanah, ASB, ASN, barang kemas, binatang ternakan, insuran, harta perniagaan, akaun bank dan sebagainya. Anda harapkan semuanya dapat membuatkan anda senang dan dapat dimanfaatkan di kemudian hari untuk keperluan anda dan untuk diwarisi oleh mereka yang anda sayangi.

Hari ini kita cuma berharapkan umur kita akan panjang, sempat merasai hari tua dan dapat melihat anak-anak dan cucu-cucu kita membesar disekeliling kita. Hakikatnya kita semua tak pernah tahu bila ajal dan maut akan menjemput kita.

Bila ajal menjemput, kita akan pergi buat selama-lamanya tinggalkan semua yang kita miliki termasuklah semua harta kita yang kita usahakan selama ini.Siapa yang akan mewarisi harta kita? Siapa yang akan tolong kita uruskan harta kita?

Masa tu mungkin kita ada banyak hutang nak kena bayar, belum naik haji, belum sempat berzakat dan beramal jariah sebanyak-banyaknya. Masa tu semua dah terlambat. Waris yang kita tinggalkan mungkin tak tahu semua hutang-hutang kita, banyak mana dengan siapa kita berhutang, hajat kita yang nak naik haji atau kita yang belum sempat nak bayar zakat, banyak mana yang kena bayar, nazar atau beramal jariah. Silap haribulan, waris-waris kita, keluarga, adik-beradik, saudara-mara kita bertelagah sesama sendiri berebut hendak bahagian masing-masing daripada harta kita, tak ingat lagi hutang piutang kita yang perlu dilangsaikan!!


Sabda Rasulullah s.a.w.:

Sesungguhnya sebesar-besar dosa di sisi ALLAH ketika seseorang hamba itu berjumpa dengan ALLAH nanti selepas dosa besar lain yang ditegah ialah seseorang lelaki yang berjumpa dengan ALLAH di hari Hisab dengan mempunyai hutang yang belum dijelaskan lagi.

Anda masih belum terlambat jika masih sempat baca artikel ni. Sebenarnya anda boleh hilangkan kerungsingan anda jika anda ambil nasihat saya ini. Cepat-cepatlah buat Wasiat Terakhir anda!

Sabda Rasulullah s.a.w.:

Seorang Muslim yang mempunyai sesuatu yang boleh diwasiatkan tidak sepatutnya tidur selama dua malam berturut-turut melainkan dia menulis wasiatnya di sisinya.

- Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Abdullah bin Umar

Rasulullah s.a.w. turut besabda:

Orang yang malang ialah orang yang tidak sempat berwasiat.

- Hadis riwayat Ibnu Majah

Bukanlah buat wasiat tu dengan menulis surat dan letak di dalam laci atau almari, atau yang saya jumpa buat wasiat itu dengan buat posting di blog atau internet atau hanya sekadar cakapkan kepada orang lain seperti isteri, suami atau anak-anak. Anda sebenarnya jika buat wasiat dengan cara tersebut boleh dimanipulasikan atau diselewengkan di kemudian hari. Lagipun cara tersebut tidak sah di sisi undang-undang.

Ketahuilah, bila kita meninggal dunia, segala harta kita akan dibekukan dan untuk mencairkan semula akan mengambil masa yang amat lama, mungkin 2-5 tahun, ada kes yang tertangguh hingga 20 tahun, dari 1 generasi hingga ke 3 generasi bergantung kepada kes. Sebabnya kita tidak pernah berwasiat siapa yang akan jadi Wasi yang benar-benar telus dan amanah untuk mentadbir harta pusaka kita. Pada masa itu, dimanakah kita berada???

Sabda Rasulullah s.a.w.:

Sesungguhnya orang yang berhutang terpenjara di kuburnya sehingga hutang tersebut diselesaikan (oleh saudara-maranya).

- Riwayat At-Tabrani –

Lantiklah Amanah Raya Berhad sebagai Wasi anda didalam Wasiat Terakhir anda. Amanah Raya adalah badan kerajaan yang dilantik untuk mentadbir harta pusaka sejak 87 tahun yang lalu (sejak 1921). Sekarang ni masalah kos dan kesibukan masa bukanlah alasan anda untuk tidak menulis Wasiat Terakhir anda.

Kos untuk buat Wasiat Terakhir ni hanyalah RM350 sahaja untuk orang Islam dan RM500 sahaja untuk bukan Islam. Dengan harga ni anda akan dapat Wasiat Terakhir yang asas dan komprehensif. Sekali sahaja seumur hidup anda dengan harga ini.

Hubungi saya jika anda terbuka hati, InsyaAllah, untuk buat Wasiat Terakhir anda pada hari ini juga.

Saya sedia memberi khidmat nasihat secara percuma dan membantu anda menyediakan Wasiat Terakhir anda. Dan yang pastinya ianya tidak akan mengambil masa yang lama untuk anda mendapatkan Wasiat Terakhir anda yang benar-benar sah di sisi undang-undang.

Menurut Kitab Fiqh Mazhab Syafie:
Ø Sunat – hal-hal amal kebajikan
Ø Wajib – ada tanggungjawab syarie & bimbang harta habis
Ø Harus – sahabat handai & orang kaya tanpa sebab tertentu
Ø Makruh – pemberian kepada orang fasik dan jahat
Ø Haram – wasiat benda haram (spt arak) & cemar akhlak

InsyaAllah, dengan adanya Wasiat Terakhir tersebut, harta kita dapat dicairkan dengan cepat 6-8 bulan selepas ketiadaan kita berbanding jika tiada wasiat sehingga boleh sampai ke 3 generasi.
[Hubungi saya dengan SMS atau EMAILkan Nama, Alamat, Email dan No. H/P. Saya akan forwardkan keterangan lanjut tentang penyediaan Wasiat Terakhir ARB ini.]

-Rohana.